ape khabar?
lately saya dah ubah style diet saya.
saya cube utk makan macam biasa tp berkalori rendah.
saya idak le mahir sgt nak ngira kalori ni.
cume saya minima kan penggunaan minyak.
dan minyak yg saya gunakan juga adalah minyak jagung.
lom mampu nak guna minyak zaitun yg 1kg 40hinggit tu.
huhuhu.
kenaa saya buat macam ni?
satu adalah kerana aktiviti diet saya ni telah saya jangkitkan pada semua ahli keluarga saya yg sememangnye semua obisiti.
kecuali 2 org anak saya yg paling kecil.
dan opkoz la mereka nak makan yg sedap saja kan?
so pagi ni saya buatkan mereka brepes ni.
macam biasa, walaupon makanan yg saya masak ni rendah kalori, saya cube makan seminima mungkin.
lebihkan sayuran.

ok ini la nasi goreng cina yg saya belajar semalam kat asian food channel.
jom kite cube sesama.
bahan bahannye:
sepinggan besar nasi putih
sebiji bawang besar-dimayang
sebiji bawang putih-dimayang
2biji telur
segenggam ikan bilis-goreng dan toskan minyaknye
sedikit lada hitam
sedikit garam
sedikit kicap
sedikit minyak bijan
2 sudu minyak jagung
5 batang sayur kacang panjang
cara-cara:
mula mula letak sedikit minyak jagung dan dadarkan telur td.
setelah telur masak hancurkan die.
angkat dan asingkan sebentar.
masukkan lg minyak td.
gorengkan bawang hingga wangi. saya suke kalau die sampai garing.
masukkan garam.
kemudian masuk nasi.
gaul rata.
masuk ikan bilis, sayur kacang yg dipotong kecil dan telur dadar.
gaul lagi.
lepas tu masokkan pula lada hitam, minyak bijan dan kicap.
gaul lagi sampai rata semuanye.
ok sedia utk dihidangkan.
enak dimakan panas panas.
tp ingat ye.
jgn makan byk byk.
berhenti ebelom kenyang.
selamat mencube.
wassalam.







